INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Kuala Muda adalah sebuah daerah di Kedah , Malaysia. Sungai Petani merupakan pusat pentadbiran daerah. Daerah Kuala Muda adalah berdekatan sempadan Kedah dan Pulau Pinang. Selain dari Sungai Petani, bandar-bandar utama lain di daerah ini, terdapat Tikam Batu , Padang Tembusu , Sungai Lalang, Bedong , Bukit Selambau, Sidam , Gurun, Semeling , Merbok , Kota Kuala Muda dan Tanjung Dawai. Gunung Jerai dikongsi dengan daerah jiran Yan manakala Sungai Muda adalah saham negeri yang bersempadan dengan Pulau Pinang. Ikonik Jambatan Merdeka ( Bridge Bebas) menyambung kedua-dua Tikam Batu dengan Bumbung Lima di Pulau Pinang.

Kepadatan penduduk di kawasan ini adalah sekitar 2500 orang. Secara umumnya, kebanyakkan penduduk di sini bekerja sebagai petani dan nelayan. Selain itu, ada juga penduduk yang bekerja sektor swasta dan kerajaan.

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

1. Pantai Merdeka
Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang terletak di tanah besar negeri Kedah. Pantai Merdeka terletak di Daerah Kuala Muda, 60 km ke selatan Alor Setar.
Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai percutian dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah rumah penginapan calet, rumah rehat, tempat perkhemahan, kolam renang dan tempat-tempat makan.Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu.




2. Pasar Bisik-bisik
Selain daripada pantai merdeka, kawasan kota kuala muda juga terkenal sebagai sebuah kampung perikanan di negeri Kedah.




Setiap pagi, berbagai-bagai jenis perahu pulang ke Kuala Muda dengan tangkapan ikan, udang, dan sebagainya, dan berlabuh di turus pantai yang berhampiran dengan pasar basah bandar itu. Tangkapan nelayan dijual melalui jualan lelong. Nelayan-nelayan akan mengasing-asingkan tangkapan mereka mengikut jenis, saiz, dan nilai, dan mempamerkannya dalam longgokan. Pembeli-pembeli prospektif akan membisikkan harga tawaran bagi sesuatu longgokan kepada penjual secara langsung. Penjual akan mengumpulkan beberapa tawaran dan menentukan orang yang menawarkan harga yang tertinggi.
Tsunami pada akhir tahun 2004 telah mengakibatkan banyak kemusnahan kepada komuniti perikanan Kuala Muda. Banyak rumah di tepi jalan raya pantai yang menuju ke Kuala Muda telah dimusnahkan oleh ombak tsunami, termasuk pangkalan dan pasar basah. Ketika itu, sebuah khemah sementara terpaksa didirikan untuk bertindak sebagai pasar, sementara menunggu pembinaan pasar yang baru, dan kini semua kemudahan telah dipertingkatkan untuk keselesaan penduduk dan pengunjung.


3. Pusat Arkeologi Sungai Emas
Pusat Arkelogi Kampung Sungai Mas terletak di Mukim Kota, daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Ia merupakan salah satu komponen tapak tanah bersejarah zaman Proto di dalam zon penyelidikan arkeologi Lembah Bujang.
Kampung ini menjadi penting kerana penemuan pelbagai artifak agama Hindu yang menjadi anutan penduduk Tanah Melayu sebelum kedatangan agama Islam. Pengaruh Hindu Buddha amat jelas di dalam masyarakat dan kerajaan Melayu sebagaimana gambaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Ia dipercayai merupakan tempat perdagangan utama.


Tempat Makan Yang Menarik

1. Warung Kuning
Burger LELEH dan AIR GUNUNG BERAPI di Warung Kuning, Kota Kuala Muda adalah antara menu yang menarik di kedai tersebut, kedai makan ini terletak di kawasan Pekan Kota kuala Muda,di sebelah Jambatan yang menghubunkan negeri Kedah dan Pulau Pinang. Kedai ini beroperasi dari jam 5 petang hingga 12 malam.




2. Usop mee udang Pulau Sayak
Usof mee udang laut Pulau Sayak, Kedai ini terletak di kg Pulau Sayak kira-kira 5 kilometer dari pekan Kota Kuala Muda. Usop mee udang ini di buka setiap hari dan beroperasi dari jam 9 pagi hingga jam 12 malam. Menyediakan menu mee udang, nasi goreng udang, mee goreng udang, udang goreng kunyit dan berbagai lagi.


Homestay

1. Homestay

Di kawasan Kota Kuala Muda, terdapat beberapa Homestay, chalet dan juga resort berhampiran dengan Pusat Internet 1 Malaysia.
Homestay yang terdapat di kawasan ini ialah Homestay Emak Engku, Homestay Fitri, Joran Homestay dan Homestay Kampung Sungai Emas. Terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan di setiap Homestay kawasan Kota Kuala Muda iaitu bilik untuk katil bujang dan katil queen, dapur, peti sejuk, meja makan, kusyen,televisyen, tandas, balkoni dan lain-lain. Berikut merupakan senarai Homestay di kawasan Kota Kuala Muda :


Homestay Emak Engku,
Kampung Sungai Emas, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah.


Homestay Fitri
Kampung Seberang Terus, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah


Joran Homestay
Jalan Pantai Merdeka, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah.
Encik Kamarul (019-5499518)


Homestay Kampung Sungai Emas,
08500 Kota Kuala Muda, Kedah.


2. Chalet

DYAN CHALET yang terletak di kawasan Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda menyediakan kemudahan seperti tempat tinggal kepada pengunjung dan juga perkhidmatan lain seperti memancing, pengangkutan bot ke Tanjung Dawai dan BBQ.Nombor untuk dihubungi ialah Hj.Radi (013-4259282).

Selain itu, CHALET JUWITA KU SAYANG memberi banyak kemudahan seperti ruangan dan laluan bagi pengunjung yang ingin membuat sesuatu event ( family day, rombongan sekolah, dan pelbagai jenis aktiviti outdoor ) di Juwita Chalet Teluk Nipah, Kota Kuala Muda, Kedah.


Chalet Juwita Ku Sayang
F 826, Kg. Teluk Nipah, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah.
En.Johan (019 2205927) dan Pn. Rofitah (019 275 2003)


3. Resort

Resort Pantai Merdeka
Resort yang menarik perhatian ramai pengunjung di Kota Kuala Muda ialah resort di Pantai Merdeka. Terletak dalam daerah Kuala Muda.Kadar bilik dalam lingkungan RM100 ke atas.Terdapat juga medan selera,gerai rojak dan pelbagai jenis gerai makanan/minuman.
Di resort ni ada kolam renang,cafe dan sangat sesuai untuk aktiviti keluarga atau BBQ. Pantai Merdeka terletak kira-kira 30km dari bandar Sungai Petani.Akan melalui pekan Kota Kuala Muda,dan kampung-kampung Melayu.Boleh juga diakses menerusi Kuala Muda via Pulau Sayak atau bot dari Tanjung Dawai.



Resort Pulau Sayak
Selain itu, terdapat satu lagi resort selain resort Pantai Merdeka iaitu Resort yang terletak di Pulau Sayak, Sayak Seafrontage Resort Sdn. Bhd.Kelebihan resort ini ialah pengunjung boleh menikmati percutian bersama keluarga sambil melakukan beberapa aktiviti lasak.
Sayak Seafrontage Resort ini terletak berhampiran pantai Kampung Pulau Sayak dalam daerah Kuala Muda, Kedah yang jauhnya kira-kira lima kilometer dari Pantai Merdeka.
Kerana itu tidak hairanlah pemandangan di pantai Pulau Sayak ini sentiasa memikat hati pelancong khususnya mereka yang mencintai keindahan pantai. Bagi mereka yang gemar melihat pemandangan turun dan naiknya matahari khususnya waktu matahari terbenam, Pulau Sayak juga merupakan tempat yang paling istimewa untuk tujuan itu.
Sehubungan itu bagi yang berminat untuk mengunjungi dan menginap di Sayak Seafrontage Resort boleh menghubungi Azhari di talian 04-4375591.


Kemudahan Awam

-Tiada Maklumat-

Pendidikan

-Tiada Maklumat-

Kisah Kejayaan

-Tiada Maklumat-

Keusahawanan
Perusahaan Simpul Kasih (Kueh)



Profile Usahawan
 Norishah Bt Jaafar
 Umur : 44 Tahun
 No 9, Tmn Permatang Katong, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah
 012-4720237
 Usahawan bimbingan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
 Diusahakan semenjak tahun 2008, Mula mendapat bantuan dari pihak LKIM pada tahun 2009 iaitu dari segi Mesin, Freezer, Blender. Selain itu juga, modal pusingan adalah daripada Amanah Ikhtiar Malaysia.

Produk Yang Dihasilkan

 Simpul Kasih ini adalah sejenis makanan ringan yang dihidangkan semasa musim perayaan atau ketika minum petang. Simpul Kasih ini dibuat daripada kulit popia dan di isi dengan serunding. Terdapat pelbagai pilihan serunding, iaitu serunding ikan bilis, serunding ikan kembung, serunding ayam dan serunding daging.
 Selain itu, produk sampingan yang turut dihasilkan selain simpul kasih adalah serunding, dodol, kuih kapit dan laksam.
 Dijual secara runcit dan borong terus dari pengusaha. Selain itu juga, ia juga mengambil tempahan untuk sebarang majlis atau di musim perayaan.

Facebook
 https://www.facebook.com/simpulkasih.norishah


Gambar



Home Made Bakery (Roti & Kek)



Profile Usahawan
 Noor Idayu bt Sabdin
 Umur 31 Tahun
 F18 Kg Alor Jawi, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah
 018-4660423
 Diusahakan sejak tahun 2012 dengan modal pusingan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia.

Facebook
 https://www.facebook.com/noor.idayu


Produk

 Pengusaha roti dan kek.Terdapat pelbagai jenis roti dan kek yang dihasilkan seperti roti sarang lebah, roti kaya, bun sosej,tuna,kacang,kelapa,coklat , cup cake dan pelbagai jenis kek.
 Selain itu, produk sampingan seperti kuih pau, cream puff dan sebagainya.
 Dijual secara runcit dan borong ,juga boleh ditempah untuk sebarang majlis

Gambar



Khory



Nama : Encik Bukhari Bin mat Rashid @ Abu Aziz (Khory)
Mula berniaga : Tahun 2008 (7 Tahun dalam tempoh bidang perniagaan )
Nama Perniagaan : Kota Emas Berkat Enterprise (KC0003302K)

Encik Bukhari merupakan seorang pengeluar dan pembekal Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang Perniagaan Pemprosesan Makanan dengan begitu cemerlang. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi pernah mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual Yong Tau Fu sehingga membuka sebuah kedai makanan KHORY STEAMBOAT, GRILL & YONG TAU FU dan dibantu oleh anak-anaknya.

PRODUK USAHAWAN
Produk yang dikeluarkan semua berjenama “KHORY” :
Pengeluar dan pembekal :-
• Bebola ikan
• Kek ikan
• Produk Yong Tau Fu
• Kuah Yong Tau Fu
• Sos Cili

BLOG / FB USAHAWAN
Nama facebook : https://www.facebook.com/khorysteamboat/?fref=ts
Khory Steamboat, Grill & Yong Tau Fu


GAMBAR PRODUK USAHAWAN