WEBINAR SHOPEE UNI ASAS & PERTENGAHAN

Aktiviti terkini |25 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Kota Kuala Muda

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti:
Webinar ini dijalankan secara atas talian bersama pihak “Education Team” Shopee bersama petugas PEDi Wilayah Utara.

Tujuan :
• Webinar ini diadakan untuk menerangkan topik-topik berkaitan Shopee.
• Selain itu, pihak Shopee juga menjemput penceramah jemputan iaitu Puan Ira Aziz yang merupakan salah seorang penjual Shopee yang berjaya mendapat profit yang tinggi melalui jualan produknya di Shopee.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Puan Ira Aziz berkongsi mengenai pengalamannya menjadi “seller” di Shopee. Beliau menerangkan cara beliau mendapatkan produk dan cabaran yang dihadapi sepanjang beliau menjalankan jualan di aplikasi Shopee
• Melalui webinar ini, pihak Shopee dan Puan Ira Aziz juga menerangkan lebih lanjut mengenai Cara Persediaan Kedai, Cara Memasarkan Kedai,Cara Menggunakan Seller Cent. Cara Menghantar Pesanan, Cara Menguruskan Kewangan daripada Penjualan Anda serta terma dan syarat yang perlu diketahui sebelum menjadi “seller” di aplikasi Shopee.

Kelebihan Aktiviti :
• Melalui webinar ini, pengurus dan rakan digital PEDi mendapat maklumat lanjut mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum menjadi “seller” di aplikasi Shopee.
• Webinar ini juga membantu pihak PEDi menerangkan dengan lebih terperinci kepada usahawan yang berminat untuk memasarkan produk mereka di aplikasi Shopee.
• Selain itu pihak PEDi dan juga usahawan PeDi dapat menyertai webinar lain yang bakal diadakan oleh pihak Shopee pada masa akan dating.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :