WEBINAR PUPUK @SPPP BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Aktiviti terkini |13 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Kota Kuala Muda

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti:
Webinar ini dijalankan secara atas talian bersama pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bersama petugas PEDi seluruh negara.

Tujuan :
• Webinar ini adalah untuk menerangkan pendekatan dan inisiatif terkini pendaftaran program Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang dikelolakan oleh pihak SSM.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pihak SSM menerangkan mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) syarat-syarat, kelebihan mendaftarkan perniagaan dan cara memohon SPPP dengan lebih lanjut.
• Melalui webinar ini, pihak SSM juga berkongsi mengenai SKIM 1 Oku 1 Perniagaan (S1O1P) yang merupakan satu inisiatif untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berminat untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM.
• Pihak SSM juga memperkenal sistem ezbiz online,iaitu satu sistem perkhidmatan bagi pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh pihak SSM bagi urusan yang berkaitan dengan pendaftaran perniagaan.


Kelebihan Aktiviti :
• Melalui webinar ini,ia dapat membantu pihak PEDi dan rakan digital untuk menghebahkan dengan lebih terperinci tentang apa yang ditawarkan oleh pihak SSM.
• Pihak PEDi juga boleh menerangkan tentang sistem Ezbiz online kepada usahawan bagi membolehkan mereka melakukan urusan yang berkaitan secara atas talian dengan lebih mudah.
• Pihak PEDi juga boleh menghebahkan kepada penduduk setempat mengenai skim S1O1P yang memfokuskan kepada golongan OKU.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :