PROGRAM PEMERKASAAN & KELESTARIAN PEDI KELUARGA MALAYSIA BAGI KLUSTER NEGERI KEDAH

Aktiviti terkini | 6-8 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Aseania Resort Langkawi

Nama VIP:
YB Wan Romani Wan Salim


Ringkasan Aktiviti:
Program ini diadakan selama 3 hari yang melibatkan 73 orang pengurus/penolong pengurus PEDi daripada kluster negeri Kedah. Program ini dirasmikan oleh Exco Komunikasi dan Multimedia Negeri Kedah, YB Wan Romani Wan Salim


Tujuan :
• Menyelaraskan pengetahuan petugas tentang hala tuju PEDi setelah ditransformasi menjadi pusat ekonomi digital bagi masyarakat setempat
• Memberi latihan kemahiran dan pendedahan yang perlu untuk pelaksanaan inisiatif terbaru oleh MCMC.
• Memberi maklumat lebih lanjut mengenai Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK)yang dilaksanakan hasil usaha sama bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pelbagai aktiviti dan input yang dikongsi oleh MCMC, bersama agensi kerajaan dan swasta sepanjang 3 hari kursus dijalankan.


Kelebihan Aktiviti :
• Pelbagai maklumat dan info yang dikongsi membantu staff PEDi membuat perancangan program bersama agensi yang terlibat serta masyarakat setempat.
• Staff PEDi dapat menambah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
• Staff PEDi mendapat maklumat lanjut tentang perkembangan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) yang telah dijalankan sebelum ini.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :