PROGRAM MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA SEPTEMBER 2015

10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari | 06 September 2015

Aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan dan sempena menyambut Hari Malaysia pada bulan September ini menjurus pada usaha meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar, antaranya pelbagai program dijalankan seperti tayangan video, Kuiz Hari Merdeka, pertandingan Online dan juga program mewarna untuk Hari Malaysia 16 September 2015.

Program dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Pembantu Pengurus PI1M tentang Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Aktiviti yang pertama dengan tayangan video tentang semangat Kemerdekaan oleh Perdana menteri Yang Pertama dan juga video kartun oleh Usop Sontorian tentang semangat Kemerdekaan. Kemudian,kuiz disediakan berdasarkan program hari Malaysia dan juga pertandingan Online Games untuk kanak-kanak. Program yang seterusnya ialah, program mewarna sempena Hari Malaysia dan Kemerdekaan dengan slogan Sehati Sejiwa. Akhir sekali, program tersebut berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan jayanya.



kembali ke halaman utama