BEAUTY WORKSHOP SKINCARE & MAKEUP CLASS

02.30 Petang - 05.00 Petang | 30 Mei 2015

Program Beauty Workshop Skincare & makeup Class diadakan bertujuan memberi peluang kepada penduduk setempat seperti suri rumah atau wanita yang bekerjaya menyertai program ini. Memberi pendedahan tentang cara-cara penjagaan mukayang betul. Meningkatkan kemahiran solekan muka dengan cara yang betul dan sesuai dengan wajah. Mengeratkan lagi silaturahim di kalangan staff dan ahli baru.

Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur telah mengikuti kursus ini. Program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu membantu peserta untuk meningkatkan imej dan personaliti seseorang kepada yang lebih baik.Selain itu, dapat mendedahkan para pelajar ini dengan teknik penjagaan muka dengan betul dan jenis solekan yang sesuai dengan wajah sendiri.Para pelajar kelihatan lebih yakin dan berani disamping mendapat pelbagai informasi tentang produk-produk kosmetik tambahan yang digunakan untuk mendapatkan hasil solekan yang cantik dan berkualiti.



kembali ke halaman utama