Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Kota Kuala Muda merupakan bekas bandar ibu negeri Kedah yang dibina pada abad ke-17 dan 18. Ia dijadikan ibu negeri bagi menggantikan Kota Setar akibat ancaman serangan dari Siam. Kota Kuala Muda terletak berhampiran pekan Kuala Muda, dan berhampiran Sungai Mas dan Kuala Sungai Muda. Ia menjadi tapak istana Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, pusat pentadbiran kerajaan pada masa itu.

Pada masa lalu, Kota Kuala Muda merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia(Raiha Mohd. Saud 1981:7). Barang-barang yang diperdagangkan seperti bijih timah dan rempah-ratus menarik minat pedagang dari China, India, Portugal, Belanda dan England datang ke sini.

Kota ini telah mencapai kemajuan pesat pada tahun 1786 dengan pembukaan pusat perdagangan di Pulau Pinang. Barang dagangan seperti bijih timah dari Perak terpaksa melalui pelabuhan Kuala Muda terlebih dahulu. Selain bijih timah, gading gajah, rempah-ratus dan bahan mentah lain telah diangkut dari hulu Sungai Muda, Kroh dan Siam dengan Pengangkutan air.

Pengeluaran bahan mentah ini telah menarik minat saudagar asing datang ke kawasan ini. Cukai telah dikenakan terhadap kapal-kapal yang berlabuh di situ. Dengan itu, Kuala Muda dengan pusat perdagangan di Kota tersebut telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang maju dan sibuk. Selain daripada itu, di sepanjang sungai terdapat banyak rumah perjudian yang terang-benderang dalam cahaya lilin yang dipasang pada waktu malam. Orang-orang dari pelbagai bangsa dan keturunan boleh ditemui di sini.

Terdapat orang-orang bangsawan dari Alor Setar dan hartawan-hartawan Cina dari Pulau Pinang yang tertumpu Ke Kota Kuala Muda untuk mencuba nasib agar cepat menjadi kaya. Sesungguhnya Kota Kuala Muda seperti Monte Carlo di dunia sebelah timur(Berita Harian : 19 Julai 1989). Mungkin disebabkan oleh faktor inilah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II telah memerintah Kedah pada masa itu tertarik dan berhijrah Ke Kota Kuala Muda pada tahun 1804. Baginda telah menjadikan Kota Kuala Muda sebagai Pusat Pemerintahan yang baru(Raiha 1981:7). Baginda membawa bersama-samanya seluruh pegawai istana, ketua-ketua penasihat serta dayang-dayang. Ini telah menyebabkan penduduk kota bertambah ramai dan kawasan kediaman berkembang hingga ke tepi pantai.

Apabila Sungai Petani mula dijadikan pusat pemerintahan Daerah Kuala Muda pada tahun 1915, kejatuhan Kota mula dirasakan. Kota Kuala Muda beransur-ansur menjadi pekan mati. Pelabuhan yang dahulunya sibuk dengan berbagai tongkang, perahu dan rakit kini tidak berfungsi lagi. Dengan ini berakhirlah zaman kegemilangan Kota Kuala Muda sebagai pusat pemerintahan dan pelabuhan yang terkenal pada abad ke-19 dahulu.

Pada hari ini, kesan tinggalan Kota Kuala Muda masih dapat dilihat dengan jelas seperti pintu gerbang, tangga batu istana dan bekas tiang mahkamah yang terletak berdekatan dengan Masjid Kota Raja.




Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021


PROGRAM PEMERKASAAN & KELESTARIAN PEDI KELUARGA MALAYSIA BAGI KLUSTER NEGERI KEDAH

Aktiviti Terkini | 6-8 Disember 2021

Memberi latihan kemahiran dan pendedahan yang perlu untuk pelaksanaan inisiatif terbaru oleh MCMC...........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : PERKONGSIAN MENGENAI “BAJET 2022”

Aktiviti Terkini | 17 November 2021

Siaran Langsung dilakukan untuk berkongsi mengenai Bajet 2022..........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : PERKONGSIAN “FAKTA MENARIK YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU”.

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2021

Melalui siaran langsung ini juga, info-info semasa turut dihebahkan.........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : PERKONGSIAN SEMPENA HARI MALAYSIA 2021

Aktiviti Terkini | 17 September 2021

Mengambil saranan pihak HQ untuk membuat Live atau aktiviti secara dalam talian........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : PERKONGSIAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE 64

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2021

Memberi pendedahan mengenai sejarah kemerdekaan negara, tokoh-tokoh yang terlibat dalam usaha mencapai kemerdekaan.......baca selanjutnya

SESI LIVE TALK BERSAMA PENGURUS PIK KOTA KUALA MUDA & PIK LEMBAH BUJANG

Aktiviti Terkini | 3 & 10 Julai 2021

Mengambil saranan pihak HQ untuk membuat Live atau aktiviti secara dalam talian sepanjang fasa “Total Lockdown”.......baca selanjutnya

SESI PERKONGSIAN SECARA ATAS TALIAN SEPANJANG “TOTAL LOCKDOWN 3.0”

Aktiviti Terkini | 1- 30 Jun 2021

Matlamat utama perkongsian ini untuk memberi maklumat mengenai isu semasa mengenai COVID-19 dan Program Vaksinasi Kebangsaan.......baca selanjutnya

SESI PERKONGSIAN BERSAMA PIK KOTA KUALA MUDA & PIK BEDONG MENGENAI DIGI JARINGAN PRIHATIN & KLIK DENGAN BIJAK (SECARA ATAS TALIAN)

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2021

Menonjolkan pencapaian belia wanita dan remaja dalam bidang ICT di Malaysia......baca selanjutnya

SESI PERKONGSIAN ANJURAN MCMC BERTAJUK 'WANITA, REMAJA, DAN ICT: AKSES KEPADA MASA DEPAN YANG CERAH' (SECARA ATAS TALIAN)

Aktiviti Terkini | 30 April 2021

Menonjolkan pencapaian belia wanita dan remaja dalam bidang ICT di Malaysia......baca selanjutnya

PROGRAM USAHAWAN PINTAR

Aktiviti Terkini | 5 Mac 2021

Program ini dianjurkan oleh Hemico bagi membantu usahawan sekitar Kota Kuala Muda menambah pendapatan melalui berniaga.....baca selanjutnya

PROGRAM JOMTUISYEN@SPM

Aktiviti Terkini | 2-28 Februari 2021

Matlamat utama program ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar SPM tahun 2020.....baca selanjutnya

LIVE TALK ( SECARA ATAS TALIAN): BERSAMA PENGURUS PIK KOTA KUALA MUDA, PIK KG SG PIAL & PIK BEDONG

Aktiviti Terkini | 30 JANUARI 2021

Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada mengenai ketagihan internet di kalangan remaja & kanak-kanak dan cara mengatasinya.....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya