Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kota Kuala Muda merupakan bekas bandar ibu negeri Kedah yang dibina pada abad ke-17 dan 18. Ia dijadikan ibu negeri bagi menggantikan Kota Setar akibat ancaman serangan dari Siam. Kota Kuala Muda terletak berhampiran pekan Kuala Muda, dan berhampiran Sungai Mas dan Kuala Sungai Muda. Ia menjadi tapak istana Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, pusat pentadbiran kerajaan pada masa itu.

Pada masa lalu, Kota Kuala Muda merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia(Raiha Mohd. Saud 1981:7). Barang-barang yang diperdagangkan seperti bijih timah dan rempah-ratus menarik minat pedagang dari China, India, Portugal, Belanda dan England datang ke sini.

Kota ini telah mencapai kemajuan pesat pada tahun 1786 dengan pembukaan pusat perdagangan di Pulau Pinang. Barang dagangan seperti bijih timah dari Perak terpaksa melalui pelabuhan Kuala Muda terlebih dahulu. Selain bijih timah, gading gajah, rempah-ratus dan bahan mentah lain telah diangkut dari hulu Sungai Muda, Kroh dan Siam dengan Pengangkutan air.

Pengeluaran bahan mentah ini telah menarik minat saudagar asing datang ke kawasan ini. Cukai telah dikenakan terhadap kapal-kapal yang berlabuh di situ. Dengan itu, Kuala Muda dengan pusat perdagangan di Kota tersebut telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang maju dan sibuk. Selain daripada itu, di sepanjang sungai terdapat banyak rumah perjudian yang terang-benderang dalam cahaya lilin yang dipasang pada waktu malam. Orang-orang dari pelbagai bangsa dan keturunan boleh ditemui di sini.

Terdapat orang-orang bangsawan dari Alor Setar dan hartawan-hartawan Cina dari Pulau Pinang yang tertumpu Ke Kota Kuala Muda untuk mencuba nasib agar cepat menjadi kaya. Sesungguhnya Kota Kuala Muda seperti Monte Carlo di dunia sebelah timur(Berita Harian : 19 Julai 1989). Mungkin disebabkan oleh faktor inilah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II telah memerintah Kedah pada masa itu tertarik dan berhijrah Ke Kota Kuala Muda pada tahun 1804. Baginda telah menjadikan Kota Kuala Muda sebagai Pusat Pemerintahan yang baru(Raiha 1981:7). Baginda membawa bersama-samanya seluruh pegawai istana, ketua-ketua penasihat serta dayang-dayang. Ini telah menyebabkan penduduk kota bertambah ramai dan kawasan kediaman berkembang hingga ke tepi pantai.

Apabila Sungai Petani mula dijadikan pusat pemerintahan Daerah Kuala Muda pada tahun 1915, kejatuhan Kota mula dirasakan. Kota Kuala Muda beransur-ansur menjadi pekan mati. Pelabuhan yang dahulunya sibuk dengan berbagai tongkang, perahu dan rakit kini tidak berfungsi lagi. Dengan ini berakhirlah zaman kegemilangan Kota Kuala Muda sebagai pusat pemerintahan dan pelabuhan yang terkenal pada abad ke-19 dahulu.

Pada hari ini, kesan tinggalan Kota Kuala Muda masih dapat dilihat dengan jelas seperti pintu gerbang, tangga batu istana dan bekas tiang mahkamah yang terletak berdekatan dengan Masjid Kota Raja.




Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


LIVE TALK BERSAMA PENGURUS PIK KOTA KUALA MUDA & PIK KG SG PIAL (SECARA ATAS TALIAN)

Aktiviti Terkini | 28 Disember 2020

Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada pengguna tentang penggunaan internet secara bijak....baca selanjutnya

PROGRAM PENGISIAN PEMBELAJARAN KELAS ICT(SECARA ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 1- 30 November 2020

Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada pengguna Facebook tentang penggunaan aplikasi secara atas talian...baca selanjutnya

PROGRAM FUTURE SKILL FOR ALL (FS4A) BERSAMA PELAJAR SK SERI KUALA,KOTA KUALA MUDA

Aktiviti Terkini | 12 -15 Oktober 2020

Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tahun 5 & 6 tentang Future Skills For All (FS4A) merupakan sumber atas talian yang memudahkan pengajaran dan menambahkan keseronokan dalam mempelajari kehebatan sains computer...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK SECARA ATAS TALIAN (LIVE DI FACEBOOK)

Aktiviti Terkini | 12 & 18 September 2020

Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang penggunaan secara bijak,selamat dan waspada....baca selanjutnya

KELAS BIMBINGAN USAHAWAN “SHOPEE”

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2020

Tujuan program ini adalah untuk membimbing peserta mengenai cara menggunakan aplikasi Shopee....baca selanjutnya

TAKLIMAT PENCEGAHAN KEBAKARAN SECARA DALAM TALIAN

Aktiviti Terkini | 19 Julai 2020

Matlamat utama program ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai kebakaran serta cara pencegahan kebakaran...baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020...baca selanjutnya

Penutupan Sementara Pi Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini |18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA KWSP (I-SURI)

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2020

Membantu Golongan Suri Rumah Yang Berdaftar (Ekasih) Mendapatkan Bantuan Kerajaan Melalui Program I-Suri...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA TADIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 6 Jan 2020

Memberi Peluang Kepada Murid Menyertai Aktiviti Mewarna Yang Dijalankan Dan Aktivti Sukaneka....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya