Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kota Kuala Muda merupakan bekas bandar ibu negeri Kedah yang dibina pada abad ke-17 dan 18. Ia dijadikan ibu negeri bagi menggantikan Kota Setar akibat ancaman serangan dari Siam. Kota Kuala Muda terletak berhampiran pekan Kuala Muda, dan berhampiran Sungai Mas dan Kuala Sungai Muda. Ia menjadi tapak istana Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, pusat pentadbiran kerajaan pada masa itu.
Pada masa lalu, Kota Kuala Muda merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia(Raiha Mohd. Saud 1981:7). Barang-barang yang diperdagangkan seperti bijih timah dan rempah-ratus menarik minat pedagang dari China, India, Portugal, Belanda dan England datang ke sini.
Kota ini telah mencapai kemajuan pesat pada tahun 1786 dengan pembukaan pusat perdagangan di Pulau Pinang. Barang dagangan seperti bijih timah dari Perak terpaksa melalui pelabuhan Kuala Muda terlebih dahulu. Selain bijih timah, gading gajah, rempah-ratus dan bahan mentah lain telah diangkut dari hulu Sungai Muda, Kroh dan Siam dengan Pengangkutan air.
Pengeluaran bahan mentah ini telah menarik minat saudagar asing datang ke kawasan ini. Cukai telah dikenakan terhadap kapal-kapal yang berlabuh di situ. Dengan itu, Kuala Muda dengan pusat perdagangan di Kota tersebut telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang maju dan sibuk. Selain daripada itu, di sepanjang sungai terdapat banyak rumah perjudian yang terang-benderang dalam cahaya lilin yang dipasang pada waktu malam. Orang-orang dari pelbagai bangsa dan keturunan boleh ditemui di sini.
Terdapat orang-orang bangsawan dari Alor Setar dan hartawan-hartawan Cina dari Pulau Pinang yang tertumpu Ke Kota Kuala Muda untuk mencuba nasib agar cepat menjadi kaya. Sesungguhnya Kota Kuala Muda seperti Monte Carlo di dunia sebelah timur(Berita Harian : 19 Julai 1989). Mungkin disebabkan oleh faktor inilah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II telah memerintah Kedah pada masa itu tertarik dan berhijrah Ke Kota Kuala Muda pada tahun 1804. Baginda telah menjadikan Kota Kuala Muda sebagai Pusat Pemerintahan yang baru(Raiha 1981:7). Baginda membawa bersama-samanya seluruh pegawai istana, ketua-ketua penasihat serta dayang-dayang. Ini telah menyebabkan penduduk kota bertambah ramai dan kawasan kediaman berkembang hingga ke tepi pantai.
Apabila Sungai Petani mula dijadikan pusat pemerintahan Daerah Kuala Muda pada tahun 1915, kejatuhan Kota mula dirasakan. Kota Kuala Muda beransur-ansur menjadi pekan mati. Pelabuhan yang dahulunya sibuk dengan berbagai tongkang, perahu dan rakit kini tidak berfungsi lagi. Dengan ini berakhirlah zaman kegemilangan Kota Kuala Muda sebagai pusat pemerintahan dan pelabuhan yang terkenal pada abad ke-19 dahulu.
Pada hari ini, kesan tinggalan Kota Kuala Muda masih dapat dilihat dengan jelas seperti pintu gerbang, tangga batu istana dan bekas tiang mahkamah yang terletak berdekatan dengan Masjid Kota Raja.


Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020MAJLIS MUNAJAT AKIFI
Aktiviti Terkini | 12 Disember 2019Mempromosikan Lagi Pusat Internet Sebagai Pusat Untuk Komuniti...baca selanjutnya
BENGKEL MEMBUAT ROTI BERSAMA KANAK-KANAK TADIKA KEMAS TAMAN SRI KOTA
Aktiviti Terkini | 14 November 2019Memberi peluang kepada kanak-kanak tadika KEMAS untuk mempelajari bagaimana menghaslkan roti dan sekaligus mengajar mereka untuk berfikiran creative. ...baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA DAN SUKANEKA TADKA KEMAS
Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2019Memberi Peluang Kepada Murid Menyertai Aktiviti Mewarna Yang Dijalankan Dan Aktivti Sukaneka...baca selanjutnya
PROGRAM PASCA UPSR SEK KEB SRI KUALA
Aktiviti Terkini |20 September 2019Memberi Pendedahan Dan Kesedaran Tentang Penggunaan Internet Secara Selamat (Klik Dengan Bijak)...baca selanjutnya
PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA BERSAMA TADIKA KEMAS TAMAN SRI KOTA
Aktiviti Terkini | 19 September 2019Mengeratkan Lagi Silaturrahim Antar Penduduk...baca selanjutnya
BENGKEL PERAKAUNAN
Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2019MEMBERI PELUANG KEPADA PENIAGA UNTUK MENGURUSKAN KEWANGAN MEREKAN MENGUNAKAN SISTEM APP “Mr Acounting”...baca selanjutnya
MEMBERI MAKLUMAT & EDAR FLYER MYTV
Aktiviti Terkini | 12 Julai 2019Mengedar Flyer Serta Memberi Maklumat Berkaitan Myfreeview Mytv...baca selanjutnya
BACAAN YASSIN
Aktiviti Terkini | 30 Jun 2019Majlis Bacaan Yassin antara ibu bapa serta anak-anak dan mengedarkan flyer Myfreeview & memberi keterangan tentang Mytv....baca selanjutnya
Program Menimarahkan dan Tadarus Al-Quran Digital
Aktiviti Terkini | 31 Mei 2019Aktiviti dimulakan dengan taklimat kepada para peserta. Selepas sesi taklimat, peserta mula untuk membacakan surah Al-Quran yang terpilih didalam www.surah.my. Di akhir program, para peserta diberikan cenderahati sebagai penghargaan... baca selanjutnya
Program Keusahawanan Basic Online Marketing Bersama Staf dan Ahli Pusat Internet
Aktiviti Terkini | 28 April 2019Program dimulakan dengan Teknik pemasaran dengan menggunakan online platform seperti facebook dan Instagram... baca selanjutnya
Perhimpunan Perpaduan Demi Negara Rukun Tetangga Dan Persatuan Penduduk
Aktiviti Terkini | 30 Mac 2019SKMM bersama Petugas PI Kluster Sg Petani telah dijemput untuk memberi ceramah untuk program perhimpunan perpaduan demi negara rukun tetangga dan persatuan penduduk (zon utara) yang bertempat di MRSM Merbok... baca selanjutnya
Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2019Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kebaikan dan keburukan internet... baca selanjutnya
Kursus Usahawan(FB Ads & Teknik berniaga di Facebook)
Aktiviti Terkini | 11 Januari 2019Program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan mengajar teknik-teknik Pemasaran kepada masyarakat sekitar... baca selanjutnya