Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kota Kuala Muda merupakan bekas bandar ibu negeri Kedah yang dibina pada abad ke-17 dan 18. Ia dijadikan ibu negeri bagi menggantikan Kota Setar akibat ancaman serangan dari Siam. Kota Kuala Muda terletak berhampiran pekan Kuala Muda, dan berhampiran Sungai Mas dan Kuala Sungai Muda. Ia menjadi tapak istana Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, pusat pentadbiran kerajaan pada masa itu.
Pada masa lalu, Kota Kuala Muda merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia(Raiha Mohd. Saud 1981:7). Barang-barang yang diperdagangkan seperti bijih timah dan rempah-ratus menarik minat pedagang dari China, India, Portugal, Belanda dan England datang ke sini.
Kota ini telah mencapai kemajuan pesat pada tahun 1786 dengan pembukaan pusat perdagangan di Pulau Pinang. Barang dagangan seperti bijih timah dari Perak terpaksa melalui pelabuhan Kuala Muda terlebih dahulu. Selain bijih timah, gading gajah, rempah-ratus dan bahan mentah lain telah diangkut dari hulu Sungai Muda, Kroh dan Siam dengan Pengangkutan air.
Pengeluaran bahan mentah ini telah menarik minat saudagar asing datang ke kawasan ini. Cukai telah dikenakan terhadap kapal-kapal yang berlabuh di situ. Dengan itu, Kuala Muda dengan pusat perdagangan di Kota tersebut telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang maju dan sibuk. Selain daripada itu, di sepanjang sungai terdapat banyak rumah perjudian yang terang-benderang dalam cahaya lilin yang dipasang pada waktu malam. Orang-orang dari pelbagai bangsa dan keturunan boleh ditemui di sini.
Terdapat orang-orang bangsawan dari Alor Setar dan hartawan-hartawan Cina dari Pulau Pinang yang tertumpu Ke Kota Kuala Muda untuk mencuba nasib agar cepat menjadi kaya. Sesungguhnya Kota Kuala Muda seperti Monte Carlo di dunia sebelah timur(Berita Harian : 19 Julai 1989). Mungkin disebabkan oleh faktor inilah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II telah memerintah Kedah pada masa itu tertarik dan berhijrah Ke Kota Kuala Muda pada tahun 1804. Baginda telah menjadikan Kota Kuala Muda sebagai Pusat Pemerintahan yang baru(Raiha 1981:7). Baginda membawa bersama-samanya seluruh pegawai istana, ketua-ketua penasihat serta dayang-dayang. Ini telah menyebabkan penduduk kota bertambah ramai dan kawasan kediaman berkembang hingga ke tepi pantai.
Apabila Sungai Petani mula dijadikan pusat pemerintahan Daerah Kuala Muda pada tahun 1915, kejatuhan Kota mula dirasakan. Kota Kuala Muda beransur-ansur menjadi pekan mati. Pelabuhan yang dahulunya sibuk dengan berbagai tongkang, perahu dan rakit kini tidak berfungsi lagi. Dengan ini berakhirlah zaman kegemilangan Kota Kuala Muda sebagai pusat pemerintahan dan pelabuhan yang terkenal pada abad ke-19 dahulu.
Pada hari ini, kesan tinggalan Kota Kuala Muda masih dapat dilihat dengan jelas seperti pintu gerbang, tangga batu istana dan bekas tiang mahkamah yang terletak berdekatan dengan Masjid Kota Raja.


Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020Program Bersama Komuniti Jom Sihat
Aktiviti Terkini | 23 Disember 2018Program TTT kerjasama antara PI Kluster Sik dan agensi-agensi Kesihatan untuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai cara pemakanan sihat, penyakit berjangkit dan cara menggosok gigi yang betul... baca selanjutnya
Hari Terbuka Pusat Internet 2018
Aktiviti Terkini | 10 November 2018Bertujuan untuk meraikan penduduk setempat & mengeratkan hubungan... baca selanjutnya
Kelas Ict Bersama Pelajar Pt3 Smk Kampong Selamat
Aktiviti Terkini | 15 - 16 Oktober 2018Bertujuan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang ICT dan kemahiran pengunan ICT... baca selanjutnya
Bacaan Yassin Sempena Bulan Muharram & Untuk Pelajar Yang Akan Menduduki Peperiksaan
Aktiviti Terkini | 30 September 2018Bertujuan bacaan Yassin ini bertujuan Sempena bulan muharram & untuk pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan besar... baca selanjutnya
Sambutan Sempena Hari Kemerdekaan Yang Ke-61 Pertandingan Merwarwa Jalur Gemilang
Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2018Program disertai oleh kanak-kanak tadika KEMAS Taman Sri Kota seramai 10 orang.antara aktiviti adalah merwarna jalur gemilang menggunakan warna air,dan diberi penjelasan tentang apa itu kemerdekaan dan menyanyikan lagu-lagu patriotik... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 6 Julai 2018Bertujuan sebagai memenuhi aktiviti Pusat Internet Tunjang dan melaksanakan tanggungjawab untuk menangani masalah jenayah siber dengan mendekati para remaja di sekolah... baca selanjutnya
Bakti Masyarakat(Bantuan Mangsa Banjir)
Aktiviti Terkini | 3 Jun 2018Dapat menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir berbentuk pakaian, makanan dan wang tunai dan membantu membersihkan rumah mangsa banjir dan kawasan sekitar... baca selanjutnya
Bacaan Yassin Sambutan Sempena Bulan Ramadhan 2018
Aktiviti Terkini | 6 Mei 2018Bacaan Yassin dibuat sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang bakal tiba. Program ini menjadi acara tahunan yang disertai lebih 30 orang daripada kelas bina insan.dan diberi sedikit tazkirah oleh uztazh yang hadir... baca selanjutnya
Aktiviti Tahunan (Gotong Royong)
Aktiviti Terkini | 21 April 2018Bertujuan untuk membersihkan kawasan pi1m kkm dan mengeratkan silaturahim sesama ahli... baca selanjutnya
Cergas Minda
Aktiviti Terkini | 28 Mac 2018Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Desa Taman Sri Kuala Dan Bina Insan berkerjasama bersama KEMAS dan juga Pusat Internet 1Malaysia Kota Kuala Muda untuk laksana program tersebut... baca selanjutnya
Program Dai’e Digital(Media Sosial)
Aktiviti Terkini | 10 - 11 Februari 2018Program daie digital (media social) anjuran SKMM dan JAKIM untuk guru-guru KAFA. Program ini dilaksanakan di pusat internet 1Malaysia, melibatkan pi1m dibawah kluster Sungai Petani iaitu Kota Kuala Muda, Gurun, Sungai Pial, Lembah Bujang, Bedong dan Paya Nahu. Program berlangsung selama 2 hari... baca selanjutnya
Bengkel Kawal Selia Kendiri Dan Keselamatan Siber
Aktiviti Terkini | 30 Januari 2018Tujuan penubuhan CMCF adalah untuk mengawal selia dan mempromosikan konsep kawalan kendiri industri berkaitan dengan kandungan yang disampaikan melalui media elektronik seperti televisyen, radio, telefon mudah alih dan Internet... baca selanjutnya
Gotong-Royong Bersama Ahli PI1M Kota Kuala Muda
Aktiviti Terkini | 12 Januari 2018Aktiviti gotong royong bersama ahli melibatkan 10 orang dimana diberikan tugas masing-masing untuk membersihkan kawasan dalam PI1M dan kawasan sekitar PI1M... baca selanjutnya