Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kota Kuala Muda merupakan bekas bandar ibu negeri Kedah yang dibina pada abad ke-17 dan 18. Ia dijadikan ibu negeri bagi menggantikan Kota Setar akibat ancaman serangan dari Siam. Kota Kuala Muda terletak berhampiran pekan Kuala Muda, dan berhampiran Sungai Mas dan Kuala Sungai Muda. Ia menjadi tapak istana Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, pusat pentadbiran kerajaan pada masa itu.

Pada masa lalu, Kota Kuala Muda merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia(Raiha Mohd. Saud 1981:7). Barang-barang yang diperdagangkan seperti bijih timah dan rempah-ratus menarik minat pedagang dari China, India, Portugal, Belanda dan England datang ke sini.

Kota ini telah mencapai kemajuan pesat pada tahun 1786 dengan pembukaan pusat perdagangan di Pulau Pinang. Barang dagangan seperti bijih timah dari Perak terpaksa melalui pelabuhan Kuala Muda terlebih dahulu. Selain bijih timah, gading gajah, rempah-ratus dan bahan mentah lain telah diangkut dari hulu Sungai Muda, Kroh dan Siam dengan Pengangkutan air.

Pengeluaran bahan mentah ini telah menarik minat saudagar asing datang ke kawasan ini. Cukai telah dikenakan terhadap kapal-kapal yang berlabuh di situ. Dengan itu, Kuala Muda dengan pusat perdagangan di Kota tersebut telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang maju dan sibuk. Selain daripada itu, di sepanjang sungai terdapat banyak rumah perjudian yang terang-benderang dalam cahaya lilin yang dipasang pada waktu malam. Orang-orang dari pelbagai bangsa dan keturunan boleh ditemui di sini.

Terdapat orang-orang bangsawan dari Alor Setar dan hartawan-hartawan Cina dari Pulau Pinang yang tertumpu Ke Kota Kuala Muda untuk mencuba nasib agar cepat menjadi kaya. Sesungguhnya Kota Kuala Muda seperti Monte Carlo di dunia sebelah timur(Berita Harian : 19 Julai 1989). Mungkin disebabkan oleh faktor inilah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II telah memerintah Kedah pada masa itu tertarik dan berhijrah Ke Kota Kuala Muda pada tahun 1804. Baginda telah menjadikan Kota Kuala Muda sebagai Pusat Pemerintahan yang baru(Raiha 1981:7). Baginda membawa bersama-samanya seluruh pegawai istana, ketua-ketua penasihat serta dayang-dayang. Ini telah menyebabkan penduduk kota bertambah ramai dan kawasan kediaman berkembang hingga ke tepi pantai.

Apabila Sungai Petani mula dijadikan pusat pemerintahan Daerah Kuala Muda pada tahun 1915, kejatuhan Kota mula dirasakan. Kota Kuala Muda beransur-ansur menjadi pekan mati. Pelabuhan yang dahulunya sibuk dengan berbagai tongkang, perahu dan rakit kini tidak berfungsi lagi. Dengan ini berakhirlah zaman kegemilangan Kota Kuala Muda sebagai pusat pemerintahan dan pelabuhan yang terkenal pada abad ke-19 dahulu.

Pada hari ini, kesan tinggalan Kota Kuala Muda masih dapat dilihat dengan jelas seperti pintu gerbang, tangga batu istana dan bekas tiang mahkamah yang terletak berdekatan dengan Masjid Kota Raja.




Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


OPEN DAY PUSAT INTERNET 1 MALAYSIAN KOTA KUALA MUDA

Aktiviti Terkini | 9 Disember 2016

Aktiviti ini bertujuan sebagai program komuniti yang memperkenalkan pusat internet kepada penduduk setempat dan luar serta memberitahu fungsi sebenar pusat internet ditubuhkan... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA AHLI PI1M

25 November 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti yang yang dijalankan bertujuan memupuk semangat kerjasama dikalangan kanak-kanak sekaligus menjaga kebersihan sekeliling dan mengeratkan silaturahim sesama sendiri... baca selanjutnya

PROGRAM CELIK IT BERSAMA SI KECIL

20 November 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan mengadakan program celik IT bersama si kecil adalah untuk menarik minat si kecil terhadap pembelajaran berkaitan dengan menggunakan aplikasi yang disediakan oleh pihak pusat internet 1 malaysia kota kuala muda... baca selanjutnya

PROGRAM “MENCIPTA ROBOT MENGGUNAKAN LEGO”

24 September 2016 | Aktiviti Terkini

Program dirancang dengan tujuan menarik minat kanak-kanak berkaitan pembelajaran... baca selanjutnya

PROGRAM MENGHIAS PI1M DENGAN JALUR GEMILANG

27 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Program dirancang dengan tujuan bagi memperingati hari kemerdekaan... baca selanjutnya

JAMUAN RAYA KOTA KUALA MUDA

24 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Program dirancang dengan tujuan mengeratkan silaturahim antara staff PI1M dan ahli PI1M... baca selanjutnya

BENGKEL REKABENTUK PRODUK “LOW COST HIGH IMPACT”

23 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Program dirancang dengan tujuan memberi peluang dan tunjuk ajar kepada usahawan cara melabel dan memasarkan produk mereka... baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

25 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Program dirancang dengan tujuan menerangkan konsep klik dengan bijak... baca selanjutnya

KARNIVAL ILMU BERSAMA MINI RTC

21 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Program dirancang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai... baca selanjutnya

PROGRAM PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA AHLI PI1M KOTA KUALA MUDA (FUTSAL)

13 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Program dirancang dengan tujuan mengeratkan silaturahim sesama ahli PI1M Kota Kuala Muda... Baca selanjutnya

PROGRAM MEMBUAT “ PAPER PLATE PENGUIN “

24 April 2016 | Aktiviti Terkini

Program dirancang dengan tujuan menarik minat kanak-kanak berkaitan pembelajaran... baca selanjutnya

PERASMIAN PEMBUKAAN GALERI TSUNAMI KOTA KUALA MUDA

24 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Program dirancang bagi mengingati peristiwa tsunami yang berlaku 9 tahun lepas... baca selanjutnya

PROGRAM TAYANGAN VIDEO

19 Mac 2015 | Aktiviti Terkini

PProgram dirancang bagi mengisi masa terluang budak-budak semasa musim cuti sekolah dan megelakkan mereka membuat aktiviti luar oleh kerana musim panas yang melampau ketika ini (EL-NINO)... baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN MENAIP TERPANTAS

20 Febuari 2016 | Berita Terkini

Program dirancang dengan tujuan menarik minat kanak-kanak berkaitan pembelajaran... baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Masa | Berita Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN MENAIP TERPANTAS

19 Februari 2015 | Aktiviti Terkini

Program dirancang dengan tujuan menarik minat kanak-kanak berkaitan pembelajaran... baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti