SIARAN LANGSUNG : PERKONGSIAN SEMPENA HARI MALAYSIA 2021.

Aktiviti terkini | 17 September 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kota Kuala Muda

Ringkasan Aktiviti:
Siaran langsung ini diadakan bersama Pusat Internet Komuniti Bedong. Perkongsian ini diadakan melalui ‘’FB Page” Pusat Internet Bedong & Kota Kuala Muda. Perkongsian ini mengenai Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun..


Tujuan :
• Siaran Langsung dilakukan berikutan sambutan Hari Malaysia 2021 seluruh negara sempena pembentukan Malaysia yang tetap disambut meriah, walaupun negara berdepan dengan situasi penularan koronavirus (Covid-19) sejak dua tahun lalu.
• Perkongsian mengenai sambutan Hari Malaysia dengan satu semangat untuk mendorong pegikut-pengikut yang menonton supaya sentiasa mengingati sejarah bagaimana Malaysia itu 'dilahirkan'.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Perkongsian ini diadakan secara atas talian • Antara perkongsian lain ialah kronologi penubuhan Malaysia, profil tokoh-tokoh yang terlibat membebaskan Sabah dan Sarawak daripada penjajah, • Siaran langsung ini melibatkan pengikut – pengikut Facebook Pusat Internet Komuniti Kota Kuala Muda dan Pusat Internet Komuniti Bedong.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan bahawa Hari Malaysia yang disambut hari ini boleh menjadi wadah penyatuan rakyat dalam mengukuhkan perpaduan, menyemarakkan lagi semangat cintakan negara serta patriotisme dalam jiwa


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :