SIARAN LANGSUNG : PERKONGSIAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE 64

Aktiviti terkini | 28 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kota Kuala Muda

Ringkasan Aktiviti:
Siaran langsung ini diadakan bersama Pusat Internet Komuniti Bedong. Perkongsian ini diadakan melalui ‘’FB Page” Pusat Internet Bedong & Kota Kuala Muda . Perkongsian ini mengenai Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun.


Tujuan :
• Memberi pendedahan mengenai sejarah kemerdekaan negara, tokoh-tokoh yang terlibat dalam usaha mencapai kemerdekaan.
• Menyampaikan mesej mengenai pentingnya menyambut hari kemerdekaan walaupun secara atas talian.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Perkongsian ini diadakan secara atas talian
• Antara perkongsian lain ialah mengenai mata wang negara, bendera Malaysia, Rukun Negara, lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik.
• Siaran langsung ini melibatkan pengikut – pengikut Facebook Pusat Internet Komuniti Kota Kuala Muda dan Pusat Internet Komuniti Bedong.


Kelebihan Aktiviti :
• Menyemai semangat nasionalisme, patriotism dan sayang kepada negara dalam kalangan kita semua sebagai warganegara


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :