SESI LIVE TALK BERSAMA PENGURUS PIK KOTA KUALA MUDA & PIK LEMBAH BUJANG

Aktiviti terkini | 3 & 10 Julai 2021

Tempat Aktiviti:
PIK Kota Kuala Muda & PIK Lembah Bujang

Ringkasan Aktiviti:
Perkongsian melalui live oleh Pengurus Pusat Internet Komuniti (PIK) Kota Kuala Muda dan Pengurus Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang sepanjang fasa Total Lockdown.Perkongsian ini dikongsi secara atas talian melalui laman Facebook Pusat Internet.Topik yang dibincangkan merangkumi isu semasa

Tujuan :
• Mengambil saranan pihak HQ untuk membuat Live atau aktiviti secara dalam talian sepanjang fasa “Total Lockdown”
• Matlamat live talk ini untuk memberi maklumat mengenai isu semasa seperti COVID-19, Program Vaksinasi Kebangsaan, Pakej Jaringan Prihatin, Pengambilan UPU,I-CITRA, Pupuk@ Shopee dan banyak lagi
• Turut berkongsi mengenai keselamatan semasa melayari Internet di kala Fasa Total Lockdown.


Kelebihan Aktiviti :
• Para pengguna dapat mengetahui tentang isu semasa dengan lebih lanjut seperti pemohonan i-CITRA, cara menebus jaringan prihatin, program vaksinasi.
• Melalui perkongsian ini juga, para pengguna juga didedahkan tentang kebaikan dan keburukan membeli secara atas talian dan langkah yang perlu diambil dalam melayari Internet secara selamat.
• Dapat memudahkan orang ramai mengakses secara dalam talian tanpa menghadirkan diri ke Pusat Internet Komuniti(PIK).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :