SESI PERKONGSIAN ANJURAN MCMC BERTAJUK 'WANITA, REMAJA, DAN ICT: AKSES KEPADA MASA DEPAN YANG CERAH' (SECARA ATAS TALIAN)

Aktiviti terkini |30 April 2021

Tempat Aktiviti:
PIK Kota Kuala Muda (Aplikasi Zoom)

Tujuan :
• Menonjolkan pencapaian belia wanita dan remaja dalam bidang ICT di Malaysia.
• Memperkasakan belia wanita dan remaja untuk terlibat dan menyumbang dalam bidang ICT.
• Memperkasakan kaum lelaki terutamanya bapa, abang atau adik lelaki, bapa saudara, suami, dan rakan-rakan untuk menyokong dan mendorong belia wanita dan remaja dalam keluarga dan komuniti mereka supaya menceburi bidang ICT sama ada sebagai pengamal atau ahli profesional.
• Membincangkan cabaran yang dihadapi oleh ahli profesional dan pengamal ICT di kalangan wanita dan cara mereka mengatasinya.


Kelebihan Aktiviti :
• Melalui bual bicara ini, ia boleh menarik minat golongan wanita & remaja untuk menceburkan diri dalam bidang ICT.
• Melalui bicara ini juga, ia boleh menyimbangkan kesaksamaan jantina dalam bidang ICT.
• Memberi pendedahan mengenai bidang ICT yang lebih meluas melalui perkongsian panel.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :