Moh Ngeteh Merdeka @Kklw
11 September 2017 | Isnin
8.00 pagi – 12.00 tengahari | Mini RTC Tukang Jusoh, Kedah
Tujuan:
• Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini dan juga sebagai usaha berterusan
dalam memupuk rasa cinta dan sayang kepada Negara Malaysia, KKLW akan menganjurkan program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW.
• Penyertaan ini adalah melibatkan semua Bahagian/Unit/Agensi di bawah KKLW.
• Program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW diadakan pada 11 september 2017 serentak diseluruh Malaysia
adalah merupakan program kemuncak program Sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.
Kelebihan:
• Memupuk, menyemai serta menyuburkan rasa cinta dan sayang kepada Negara.
• Menyemai semangat patriotik dalam kalangan warga KKLW dan orang awam agar sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan negarawan-negarawan
terdahulu dalam usaha memerdekakan, mempertahankan dan memajukan negara.
Penglibatan:
Pengunjung program.
Perlaksanaan aktiviti:
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan dituruti dengan acara sukan neka seperti tiup, belon & mewarna.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



