Program Asyura Persahabatan Di Dday

8 Oktober 2017 | Ahad
8.00 pagi – 2.00 petang | Dataran Dato Ali Yahya Kota Kuala Muda, Kedah

Tujuan:
• Program bubur asyura ini dianjur oleh dato ali yahya sempena bulan maal hijrah.
• Bulan Muharram adalah bulan istimewa bagi masyarakat Islam di seluruh dunia. Sebagai bulan pertama tahun Hijriyah, Muharram menjadi medan muhasabah diri akan amal masa lalu untuk dijadikan pedoman dimasa hadapan. Kebanyakan umat Islam juga seikhlas hati bersama-sama melakukan kebaikan dan sedekah pada bulan ini. ‘Bubur Asyura’ sinonim dengan bulan Muharram ini.
• Antara tradisi masyarakat Melayu turun temurun apabila tiba tarikh ini, ia disambut dengan membuat dan mengadakan jamuan Bubur Asyura. ‘Bubur Asyura’ atau ‘Bubur Suro’ adalah makanan yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan sempena meraikan Bulan Muharram terutama hari ke – 10 Muharram (Hari Asyura).

Kelebihan:
• Menerusi kegiatan seumpama itu, kita dapat eratkan hubungan masyarakat setempat, malah program yang bermula pada tahun ini dapat ditonjolkan kepada generasi sekarang.
• Bubur asyura yang dimasak itu turut diagihkan kepada seluruh penduduk.

Penglibatan:
Pengunjung program.

Perlaksanaan aktiviti:
Majlis dimulakan dengan taklimat oleh penganjur program asyura persahabatan,banyak agensi/sekolah terlibat bagi menjayakan program tersebut.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:















Kembali ke halaman utama