PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

10.00 Pagi - 12.00 Tgh Hari | 28 Jun 2015

Program Klik Dengan Bijak iaitu Cara Duduk Posisi Untuk Menggunakan Komputer Dan Keselamatan Diri Diluar Rumah diadakan bertujuan memberi ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak tentang cara kedudukan yang betul untuk menggunakan komputer. Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang bahaya di sekeliling mereka. Menguji kemahiran kanak-kanak berfikir tentang keselamatan dan bahaya di sekeliling mereka. Mengeratkan lagi silaturahim di kalangan staff dan kanak-kanak prasekolah.

Seramai 10 orang kanak-kanak dari Taska JHEAIK telah mengikuti Program Klik Dengan Bijak tentang cara penggunaan komputer dengan betul dan keselamatan diri kanak-kanak diluar rumah. Program ini diadakan untuk memberi pengetahuan asas kepada kanak-kanak supaya belajar duduk dengan cara yang betul sebelum dan semasa menggunakan komputer. Kebaikannya mereka dapat tahu posisi untuk menggunakan komputer dan dapat elak daripada sakit tulang belakang. Selain itu, program ini disertai bersama dengan slot keselamatan kanak-kanak diluar rumah sebagai langkah berjaga-jaga kerana mengikuti perkembangan masalah keselamatan kanak-kanak sekarang lebih dekat menghampiri bahaya.



kembali ke halaman utama